Hello! Wallo! Walking Talking No Harsh Words allowed here. Big Clap ![]()
| Kontroversi Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi
Assalamualaikum semua, hello farzana is here. Hari ni mood x brapa baik sgt , tengok title diatas. Kontroversi Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi. Aku memang x puas hati dengan couch England tu Menabur FITNAH dekat muslim ahmad aku dan ismail faruqi. Dia kata Muslim and Ismail bawak masuk pompuan dekat hotel sebelum perlawan terengganu menentang kedah pada petengahan tahun ni. Cerita betul dia macam ni listen to me , i'm muslim ahmad gf and i know everthing about he. Dont you ever2 try to Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Nekad Saman Peter Butler | Kontroversi yang berlaku antara dua pemain tonggak utama skuad Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad dengan Ketua Jurulatih Terengganu, Peter Butler, nampaknya semakin panas. Tindakan Peter James Butler dakwa Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi bawa masuk perempuan ke bilik mengaibkan diri dan keluarga mereka. Kini Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang di atas keceluparan mulut jurulatih import dari England berkenaan dan keengganan Peter Butler membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dipinta mereka. Katanya lagi, pintu rundingan berkenaan sudah tertutup untuk Peter Butler.
“Dakwaan jurulatih kelahiran England itu sukar dimaafkan. Saya sudah berusaha untuk tidak memanjangkan kes ini, tetapi keengganan dan kedegilannya memohon maaf secara terbuka membuatkan kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Saya dan Ismail sekali lagi ulangi dan berani bersumpah tidak membawa masuk perempuan ke bilik penginapan. Kini peguam yang dilantik sedang berusaha mendapatkan rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) di hotel.
![]()
“Kami juga mencabar Butler mengemukakan bukti di atas tuduhannya itu, tetapi selepas lima hari (mulai Rabu lalu), jurulatih itu gagal menunjukkan sebarang bukti, sebaliknya terus menerus membuat tuduhan yang cukup mengaibkan kami melalui media massa,” kata Muslim Ahmad.
Sambil menegaskan pendiriannya, Muslim dan Ismail sudah melantik peguam dan perbincangan lanjut mengenai bentuk tindakan undang-undang ke atas tuduhan berkenaan. Muslim berkata, Datuk Che Mat Jusoh yang juga Presiden PBSNT memaklumkan, beliau sudah mengarahkan Butler mengemukakan bukti serta membuat laporan bertulis, tetapi sehingga petang ini (semalam), jurulatih itu masih belum berbuat demikian.
Katanya, Butler menjatuhkan hukuman ke atasnya dan Ismail tanpa sebarang bukti sebab itu dia tidak dapat menyerahkan laporan seperti diarahkan pengurusan PBSNT.
“Dia hanya membuat tuduhan berdasarkan maklumat orang ketiga, sebagai jurulatih profesional dia sepatutnya tidak terus menghukum kami, sebaliknya menyiasat secara terperinci terlebih dahulu. Jalan penyelesaian antara kami sudah berakhir dan Butler akan menerima padah atas keceluparannya,” katanya
Akhirnya,Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai esok dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu. Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu iaitu Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan ![]()
Menurut kenyataan Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh, beliau berkata buat masa ini, Butler masih lagi jurulatih Terengganu sehingga kontrak beliau tamat November tahun depan.
Sumber Dari:- Syakirah Hanim, Google, NewsPaper, Muslim Ahmad sendiri (dia call bagithu aku)
|